Pages

Monday, November 21, 2011

Selamanya Harimau Malaya!!!!!! AUMMMMMMM!!!!!!

   Tahniah kepada pasukan harimau muda pada malam 21/11/2011 di stadium gelora bung karno. Imbas kembali perlawanan pertama kumpulan A yang menyaksikan Malaysia seri 0-0 dengan singapura. Kemudian berturut-turut kemenangan menyebelahi Malaysia dengan 2-1 dengan Thailand, 4-1 dengan kemboja, 1-0 dengan indonesia untuk bergelar juara kumpulan A. Kemudian menang tipis 1-0 dengan Myanmar dan akhir sekali dengan kejayaan manis mengalahkan tuan rumah Indonesia yang tampil bersama ribuan penyokongnya dengan keyakinan tinggi menggunung untuk bergelar juara.
   
       Tapi hakikatnya, Malaysia berjaya mempertahankan kejuaraan dengan mempertahankan pingat emas yang merupakan ibu kepada segala pingat pada sukan SEA. Namun kejayaan yang diperolehi bukan datang dengan mudah, Banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi oleh pasukan Harimau Muda kita. Antaranya ialah layanan buruk yang diberikan oleh penyokong2 indonesiade.( Aku dengar semalam lepas pasukan kita terima pingat, setiap pemain perlu lakukan ujian dadah atau Doping test sebab disyaki ambil dadah!!! Haishhh!!!! sory leee die ingat mat2 import die je ke yang stamina tinggi!!!! Haisshh!!!! Malaysia punya player pon stamina tinggi la.Dengar2 tu merupakan cubaan untuk menidakkan kejuaraan Malaysia ish ish ish).

        Perlawanan semalam aku anggap yang paling epik!! la sebab dari mula perlawanan dah bagi aku sakit jantung hehehehe. Suspen mengalahkan tengok cerita thriller plak. Sampai demam2 aku tengok. (Mujur ada isteri yang tercinta bagi panadol pastu lap badan aku ngan tuala basah. hehehe love u anje >_^). Tapi yang penting Harimau Muda dah tunjukkan kependekaran diorang untuk membuktikan KITA JUARA!!!!! AUUUMMMM!!! SELAMANYA MALAYSIA SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!!!!!!

ENJOY VIDEO2 KEMENANGAN MALAYSIA DARI AWAL PERLAWANAN HINGGA BERGELAR JUARA ^_^

Kompilasi Dari Perlawanan Pertama Hingga Ke Separuh Akhir



FINAL: Gol Pembukaan oleh Indonesia



FINAL: Gol Penyamaan Malaysia



FINAL: Penalti Malaysia Menang (4-3) Selepas Terikat 1-1


JOM NYANYI SAMA2 "SELAMANYA HARIMAU MALAYA"

Thursday, November 3, 2011

Preview Komik Ragam Ofis

Komik ragam ofis untuk majalah VIC edisi-4 dalam proses nak letak dialog^_^

MAJALAH VIC EDISI 3 BERWAJAH BARU ^_^

Alhamdulillah akhirnya majalah VIC dah terbit hingga edisi ke-3 moga ia terus terbit dengan lebih dinamik, terbaik dan bermutu dengan izin yang maha esa.

Jadi tunggu apa lagi dapatkan majalah VIC anda di kedai-kedai buku berhampiran...
hehehehe ewah!! promote-promote hehehe.

so dalam majalah edisi 3 ni, banyak artikel-artikel menarik yang boleh kite bace. Antaranya artikel pasal asal-usul peristiwa korban, yang mana kibas yang di sembelih tu merupakan kibas yang sama yang di persembahkan oleh anak nabi Adam laitu Habil. Haaa... macam mana pulak tu...hehehehehe nak tau kisah selanjutnya kena la beli ye ^_^

Selain melukis komik, Aku jugak ade menulis dalam majalah ni hehehe(aku jadi penulis??? lawak toll) nak tau artikel mana yang aku tulis, pandai pandai le carik hehehehe. ^_^
PROMOSI MAJALAH KELUARAN SYARIKAT TEMPAT AKU KEJA VIC MULTIMEDIA SDN BHD. hahahaha BELI JANGAN TAK BELI!!!!!!!

Sunday, October 30, 2011

Transformer+Mospeda+Tomok=Mantera

Cerita mantera. Gabungan transformer+Mospeda= pergh. lagi2 die punye hero ialah tomok hehehe ^_^
enjoy!!!!

Komik komuniti perghh

ni komik untuk forum pergh.com. dalam forum tu, ada ruangan komik untuk warga pergh. so satu jalan cerita akan di beri dan warga perg cuma perlu sambung sahaja komik yang ada. so ni kire cam komik berantai la hehehe ^_^

Ronald Mc Lee

salam lama tak mengepost bersawang-sawang dah blog. Tapi sempat dikemas-kemas, dan tinggal nak post je hehehe so untuk mukadimah, fan art ronald mc donald enjoyyyy ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...